Rabu, 8 Januari 2014

Alhamdullilah , cuti 3 bulan yang sangat bermakna

Bismillahhirahmanirrahim


Ape kehal dengan entry malam nih ? huhu as usual budak lepasan SPM surely boring tahap duduk rumah , boring untuk kami kami macam gua yang tak dapat PLKN nih , huhu bahagialahh korang yang dapat PLKN tu , hehe ! 

actually mama aku dah aturkan jadual aku , perghh memang terbaik tapi semua tuu laa yang aku nak sangat . jaduallnya tak laa terlampau packed sangat oleh itu , aku boleh laa belajar masakk , haha ! contohilah akuu , muda muda mau belajaq massakk ! ahakss ,
jadual cenggini , pagi nolong mak wat bisnes , lepas tu kalau ada test drive kena pergilah then tiap sabtu ada kelas english ! Alhamdullilahh apa yang akuu nak dapat , ngee ! duit massyukk bila aku menolong ringankan beban mak gua , lesen dapat fuhhh boleh panjang kaki sikit , then can speaking evrywell , insyallah dengan izinnya ! 

firstly bisnes apa sangat yang hang tolong mak hang tu ? sembang masyukkk , hehe biasaa bisnes kecil kecilan at least masuk tiap tiap hari , senang cakap tolong mak gua buat santan , fuhh dengar macam kerja rakus sangat kann ? tak pon sebenarnyaa ! mak aku cakap nak dapat gaji kenalah datang tolong pukoi 7 , senang hatinya aku selalu datang pukoi 8 jaa , haha ! oke takk ? nak wat macam mana tidoq telajakk ! then mulalah bila aku sampai kat mak aku , mak aku akan cakap macam nih nak keja dengan org ! kirim salamm , hahah aku hanya mampu menundukkan diri jalaa , tandanya akurr ! haha , mak aku gajikan aku tak laa banyak sangat poloh ringgit ja sehari , oke la tu 10 hari seratoih , sapa nak bagi kalau makan tanggung beraak tong cekk oii ! hewhew , mak kita dia tak bekira sangat laa dengan anak dia 

untuk test drive kereta aku tengah tunggu kol jaa dari Aminah tu , kalau dia kasi light green untuk test drive , aku kena pergilah ! Alhamdullilah , aku sebelom nih dah ada lesen moto , so tak laa bersusah payah bila nak buat lesen kereta nih . tapi gua takod arr nak bawak keretaa , huhu ! macam tak pecaye je ! takod tak pandai main kelass dengan minyakk , huhu hopefully dapat buat dengan juaranya

oke untul segmen kelass english ni , aku baru je daftar petang tadi dekat PMI Parit Buntar , harap sesangat tecer nyaa awesome gituu , haha biaq aku dapat speaking London teruss , huhu ! buat masa sekarang english aku memang tahap ribut topan arr , hmm malu nak masuk U nanti , sebab tu aku daftar jugak kelas english nih , untungnyaa  nanti cukup tiga bulan belajar akan dapat sijil , sijil laku je idokk ? aku nih selalu takod nak masuk kelas english bukan apa takod nanti tecer tanya aku taktau nak jawab huhu , dah laa aku sorangg ! takpa takpa nanti aku usung  kamus dua tiga , haha ! actually payment dia sangat murah bagi aku laa , tiga bulan only RM 200 . not bad kan ? hmm sabtu ni , english class , here i comingg ! 

okayy , macam mana cuti korang buat batch 96 , hope bermaknaa ! apa pun aku bersyukur sebab apa yang aku nak semua dapat

okay , selamat malam





Ahad, 5 Januari 2014

Senaman untuk kecilkan peha

 Bismillahhirahmanirahim 
Assalamualaikum 

apa khabar uolls ? hopefully dalam keadaan sihat sejahtera ! Alhamdullilah , rasa syukur yang tak terhingga cause still can write the new entry ! entry kali nih untuk jaga penampilan bentuk badan , hehe ! yang aku tahu la kann perempuan sangat pentingkan thigh gap nih ! baru la boleh dapatkan bentuk kaki yang cantik ! 

sesetengah perempuan memiliki benttuk badan seperti buah pear , peha berisi kan ? so don't worry guys , tentu korang tercari cari bagaimana cara untuk kecilkan bahagian paha korang cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal.tapi aktiviti ni  sangat sinonim , jom kita buat cara lain untuk kecilkan pehaa dengan lakukan senaman diri rumah pon bolehh

senaman yang pertama iaitu KERUSI BAYANGAN

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
cuba laa korang untuk dapatkan thigh gap yang cantih :D

Sabtu, 4 Januari 2014

Believe - Justin Bieber di pawagam sekarang


Bismillahhirahmanirahim
Assalamualaikum 

Girls day out of course serbu Jusco Perda then beli tiket wayang , hehe ! Semalam lepas kitaorang layan cerita Believe - Justin Bieber ! actually dia bukan movie pon dia satu cerita flashback antara JB dengan all his fan ! so bombstick , 


dalam cerita Believe ni  ,diorang record balik semua JB punya show , fan diaa ramai gila uolsss ! berjuta - juta yang sanggup hadir sebab nak jumpa dengan JB . sanggup menangis sebab dapat tiket live show JB . fuhh pengaruh Jb sangat kuatt ! satu part ni , JB belum keluar dari kereta , all fans serbu kereta , ketuk pintu tingkap , fuhh kalau lah takdak security yang jagak tuh , mesti JB lunyaii ! hahaha

yang paling best sekali time tengok cerita nih , dalam wayang tuu HANYA ADA KAMI 3 ORANG JAA ! nampakk takk wayang tuu kami dah reserve ! hahah best gilaa wop ! tapi kadang kadang tuu datang jugak angin seramnyaaa ! hahahah . actually aku akur atas permintaan Aqilah yang gila gila minat JB nih , dia yang ajak aku sangat tengok cerita nih, disebabkann dia kena pergi PLKN , okayy aku turut perintahh ! next time movie gua pulakks ! hahah. okayy disini sahaja JB


WSALAM :D

kenangan terindah selama 5 tahun di bumi SMKA


Assalamualaikum readers 


what the point dengan picture atas tu ? haha sebenarnya saja nak post , kan dah lama tak post picture , mesti readers rindu kan ? hehe lagipon aku boring dengan lifestyle aku sekarang , makan tidur , makan balik tidur balik ,bangun makan tidurrrr . ahaksss ! itulahh contoh calon yang berjaya menternak lemakk okay ! 

actually aku planning lama dahh , tekad pon dah lamaa lepas habis jaa SPM terus nak update blog nak cerita kenangan sepanjang ada kat bumi SMKA tu , apa kan daya tuhan dah merancangkann segalanyaa , planning tuh terbengkalai seketika and now new year baru nak update , sorry guys !



okelahh , segala kenangan banyak bermula disini , agaknya sekolah ni famous , bukan agak dah memang betul ponnn ! before aku masuk SMKA banyak choose yang aku buat , taknak sekolah SMKA nak sekolah SERI NIBONG and soo onn laa ! apa kan daya , seorang ibu mesti nak melihat anaknyaa tak lupa akan ilmu akhirat , anak yang solehah ! then  aku pon refer dengan SMKA ni lahh , lagaknye tudung labuh gituu , hehe ! kita nak buat something mesti dapat kan redha ibu bapa baru segalanya berjalan lancar dan diredhai olehnya jugak ! hee , 

zaman form 1 aku kat situ dulu , masih famous dengan ' tocer' biasa laa junior baru masuk everyday kena 'tocer' dengan senior , never mind ! kita tak cari pasal depa tak marah laa kan , actually senior nak membentuk junior junior ! ohh gituu , barulah sekarang aku sedar yang selalu dok kena 'tocer' sebab senior taknak tengok adik junior depa jadi taiko sekolah ! haha , zaman form 1 tak banyak kenangan maklomlah baru suam suam kuku di sekolah tu ! even baru form 1 aku bangga jugak la kan sebab dipilih join team netball and handball sekolah . Alhamdulilah dapat tempat dalam daerah ! 

then , move on to form 2 ! haa , ni orang panggil zaman jahilliah , semua pakat nak tunjuk belang ! sapa taiko sekarang , hahah ! bila diingatkan balik , lawak ada bodoh ada lengai ada , malu ada , why ? cause time aku form 2 ni laa aku jadi taiko sekolah sat , haha ! macam macam aku buat hal , sehingga digantung asramaaa , huhu ! bukan salah apa pon time tuu , tak ke surau , pergi sekolah lambat , gitu gitu jee ! hahah ini laa kengan paling bermakna dalam hidup akuu ! gantung asrama wey , korang tak caya ? lihat this 


hahah , aku still simpan surat nih . nanti boleh tunjuk dekat anak anak aku , cucu cucu aku ! ahakss , jangan jadi macam ibu nah nanti anak anak ! hahah , macam macam lagi yang aku pernah kena kaunseling , denda tulis CIKGU SAYA MINTA MAAF DAN TAK MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH LAGI . 200X . apak banyak ! hahah tercabut urat sendi gua ! haah



every moment give me every memories , love jugak zaman form 2 ! hahah masa tim form tu ada gang woo , haha bajet besaq bolehh , btw rindu zaman form 2 


okay , now zaman form 3 pulak ! zaman inverse balik haha , jadi bapak baik kod , alim semua siapp ! hahah time nih ajet ajet sebab nak amik exam laa , biaq semua warga sekolah redha dengan apa yang aku , so nak jawab exam senang la bro ! haha , alhamdullilah semua berjalan lancar , dan yang aku paling gembira sekali result PMR aku tak mengecewakan aku , i got 7A ,2B ! subjek yang aku B tu memang aku tak minat pon ! soo aku happy sangat ! 

next year pulak , aku dah form 4 , aku masih stay di SMKA even ramai kawan dah belah ke sekolah apak hebat aku je takk , tapi aku redha semua telah dirancang ! perjalanan form sangat lancar dengan akal fikiran yang waras dan matang tuu aku join team krs sekolah ! alhamdullilah diberi peluang jadi kutua platun sekolah , syukur berjaya juga dinobatkan as ketua platun daerah dan negeri ! then aku dipilih join team penang ke Sabah ! time form 4 paling banyak memories dengan kawan kawan ! i always support u olls guys ! haha , 
time tu aku ingat lagi bulan tujuh , aku di gemparkan dengan tawar ke sekolah sains TUNSYED , keinginan di hati memang nakk move sangat , tapi apakan dayaa , subjek yang ditawar agak berat bagi aku ! so aku refer stay jaa di SMKA yang indah tu ! 


hmm , aku rasa bangga gilaa sebab terpilih ! hmm even aku tak pi tapi aku layak ! hahah syok sendiri jaa mampu !

okay , sekarang tahun last aku di bumi SMKA , set minda , set fizikal , set rohani , set jasmani  untuk hadapi the real war SPM ! aku bersyukur sangat dengan pilihan tepat aku yang ambil aliran akaun dan aku dapat follow sebaik nyaa , tahun nih macam macam jugak aktiviti form 5 , yang paling best lawatan ke pulau perhentiann ! the best thing that ever be mine ! time nih teringat satu malam yang kita gather ramai ramai ! ada kalanya gembira ,sedih , gurau , suka , duka ! seriously semua nih boleh dapat kat bumi SMKA jaa ! SMKA memang terbaik wok !

then tibalah detik 6.11.2013 tarikh terpenting bagi aku , hari pertama SPM ! alhamdullilah berjaya jawaabb ! harap segalanya dipermudahkann sehinggalah tamat pada 3.12.2013 ! sisa sisa akhir aku di bumi SMKA diakhiri dengan letupan bunga api yang cantikkk ! Ya Allah , betapa tinggi cinta aku di bumi SMKA ! 
BANYAK MOMENT YANG TAK DAPAT DILUPAKAN !

BATCH 09/13 TERBAIK , AWESOME , TAKBIR , ALLAHUAKBAR !






 Akhiri kalam , Assalamualaikumm !