atas apa yang dah terjadi, percayalah, kau harus ketepikan rasa aku untuk setiap tindakan. kau harus salahkan aku dalam apa jua keputusan. berasas atau tidak, dunia akan tetap melihat aku sebagai lemah, sebagai salah.
sedari tidak berkejut subuh, hingga tidak berbalas pesanan, sandarkan beban kepada aku yang setiap malam berfikir, setiap detik menunggu. tetapi tetap juga dipalingkan khilaf ke aku. mungkin hanya kerana dunia masih memandang patriarki sebagai kuasa. golongan frater bagi dunia adalah melebihi soror.
maka, yang selalu disandarkan kepada lemah, tak boleh, tak manis, tak elok, tak molek, tak patut, tak semua, adalah kelompok matriarki. kelompok yang bukan dominan untuk mengemudi. kelompok yang minor untuk punya hak mendahului.
mungkin ini cuma gambaran dari sedikit rasa kecewa setengah mati semalam. mungkin ini cuma isu kecil yang dibesarkan dalam skop hidup yang lebih meluas.
datang tanpa keputusan aku. pergi tanpa aku setuju.
ya, memang. itu hak kau. tapi ini perasaan aku

ya, memang. itu hak kau. tapi ini perasaan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan